· Tubuh badan kita memerlukan nutrien seperti Karbohidrat, Protein, Lemak, Serat, Vitamin dan Herba dalam kuantiti yang seimbang untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik.
· Sekiranya kita tidak cukup nutrien, tubuh badan kita akan letih, lesu, cepat berasa lapar, dan akan makan berulangkali. Jika kita mendapatkan nutrien daripada makanan biasa, kita akan makan dengan banyak dan akibatnya badan akan bertambah gemuk!!!
· Ramai yang cuba berdiet dengan cara mengawal kuantiti makanan, mengambil pil pelangsingan, makanan rendah kalori seperti sayuran dan buah-buahan, bersukan dan sebagainya tetapi masih lagi gagal dan hasil yang tidak memberangsangkan.
· Sekiranya anda mengamalkan cara yang demikian akibatnya :-
o Anda akan berasa cepat lapar, letih, lesu dan menyebabkan badan akan mengecut kerana kekurangan air dan nutrien. Hanya berlaku pengecutan otot bukannya kehilangan lemak.
o Zat yang diperlukan akan disingkirkan oleh bahan kimia dalam pil pelangsingan menyebabkan jisim otot dan tubuh badan mengecut kerana kekurangan zat dan nutrien tetapi bukan lemak. Apabila berhenti megambil pil tersebut, badan akan naik semula.
o Makan makanan yang rendah kalori tetapi kurang nutrien menyebabkan badan kurang tenaga untuk membakar lebihan kalori dalam badan.
· Cara yang paling efektif :-
o Mengambil makanan yang berkualiti seperti kandungan nutrien yang tinggi dalam jumlah yang sepatutnya ditambah pula dengan senaman yang konsisten.