Kanser mulut di Malaysia berada di tangga ke-6, 5.2% ditemui di kalangan lelaki India dan 7.7% di kalangan wanita India.
Definisi kanser mulut
Kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam kawasan mulut. Pengesakan dan rawatan awal dapat mencegah Pengesanan dan rawatan kanser mulut di peringkat awal dapat mencegah ia menjadi lebih teruk yang boleh menghilangkan kualiti hidup pesakit tersebut.berlakunya hilang upaya yang teruk dan meningkatkan kualiti hidup pesakit.
Kawasan mulut sering terjadi kanser mulut
Kawasan-kawasan berlaku barah mulut :
· Lantai mulut
· Lapisan pipi
· Lidah
· Gusi
· Bibir
· Lelangit
Punca-punca kanser mulut
Faktor-faktor risiko berkait-rapat dengan kanser mulut :
· Mengunyah Sireh , Buah Pinang Atau Tembakau.
· Perokok
· Minum Alkohol Yang Berlebihan.
· Menyentil pinang
· Terdedah Pada Sinaran Matahari Berlebihan.
Tanda-tanda kanser mulut ?
Simptom-simptom barah mulut yang mungkin dilihat:
· Ulser mulut yang tidak sakit dan tidak sembuh selepas rawatan.
· Ulser mulut tidak sembuh lebih dari tiga minggu.
· Gumpalan tisu yang tidak susut selepas rawatan.
· Tompokan putih atau merah di bahagian mulut.
· Kebas pada bahagian lidah yang berpanjangan.
· Kepayahan untuk menelan,mengerakkan rahang atau lidah.
· Kesakitan di bahagian dalam kerongkong yang berpanjangan.
· Bengkak pada rahang, leher lebih dari tiga minggu.
· Tiada selera makan dan berat badan menurun.
· Halitosis atau nafas berbau.
·
Bagaimana mengurangkan risiko barah mulut?
Risiko mendapat kanser mulut boleh dikurangkan jika anda:
· Tidak menyentil tembakau atau mengunyah tembakau.
· Tidak merokok.
· Tidak minum minuman alkohol.