Pada zaman moden kini, cara permakanan kita sudah banyak berubah jika berbanding dengan 30 tahun yang lalu, begitu juga dengan sumber makanan kita. Pada zaman dahulu, hampir semua makanan yang kita makan adalah jenis organik dan semulajadi. Lebih daripada 80% makanan kita pada ketika itu adalah terdiri daripada hasil tanaman seperti sayur-sayuran dan ubi-ubi.
Tetapi kini cara makan kita sudah menjadi semakin Ekspress. Kini sajian makanan kita sudah menjadi terbalik, kabanyakan daripada kita telah menjadi karnivor yang memakan daging lebih daripada sayur-sayuran. Ada yang sampai tidak sentuh sayur langsung!
Anda perlu tahu bahawa daging adalah jauh lebih susah untuk dicernakan jika berbanding dengan sayur-sayuran. Pencerna makanan berprotein tinggi ini akan membebankan perut kita kerana kita telah memaksa ia untuk merembeskan lebih banyak jus gastrik. Lama kelamaan, perut kita sudah menjadi biasa untuk menghasilkan banyak jus gasrik dan pendedahan kepada jus gastrik yang sungguh berasid ini akan menyebabkan dinding perut menjadi semakin nipis.
Sakit gout adalah berkait langsung dengan cara pemakanan seseorang itu. Hampir semua pesakit gout adalah orang yang gemar makan daging. Maka, kemungkinan untuk golongan orang ini untuk mendapat kedua-dua sakit gout dan masalah gastrik adalah jauh lebih tinggi.
Ia sudah jadi satu amalan biasa bagi kami untuk letakan bungkusan ketulan ais pada bahagian yang sakit untuk kurangkan rasa sakit atau bengkak luka itu. Anda boleh buat itu untuk luka seliuh, gigitan serangga, lebam tumpukan, tetapi…….. BUKAN untuk sakit gout!
Anda perlu tahu bahawa gaut ini adalah berpunca daripada pembentukan kristal asid urik yang digelar “urate crystals” pada sendi-sendi, khasnya pada sendi ibu jari besar kaki yang mencetuskan serangan sel-sel darah putih yang menyebabkan keradangan yang digelar sakit gout.
Pembentukan kristal asid urik ini adalah seperti proses pemBEKUan. Jika anda masih ingat sains sekolah menengah itu. Semakin rendah suhu larutan, semakin senang berlakunya proses pengkristalan. Kesejukan ais tu boleh hilangkan rasa sakit gout itu kerana ia melalikan saraf-saraf yang menghantar impulse sakit itu, tetapi ia akan menambahkan pembentukan kristal asid urik yang lebih banyak lagi.