Kanser Serviks





Kanser serviks atau kanser pangkal rahim merupakan antara kanser yang utama berlaku di kalangan wanita dan merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara termasuk di Malaysia. 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser servik.
Barah serviks adalah diantara barah kerap terjadi terhadap wanita yang menyerang organ reproduksi. Ia terjadi apabila sel yang normal pada serviks (pangkal rahim) bertukar menjadi sel barah.
Sebab ia terjadi?
Ia disebabkan oleh virus human papilloma yang berjangkit melalui hubungan seks. Apabila wanita terdedah kepada HPV, sistem imun badan selalu dapat menangkis serangan virus ini dari menjangkiti wanita tetapi, bagi sebahagian kecil wanita, virus berpeluang hidup bertahun-tahun sehingga ia menukar sel yang terdapat pada permukaan serviks kepada sel kanser.

Kajian Dari WHO ( PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA)

Menurut laporan WHO, 80% daripada wanita di dunia ini menghidapi penyakit ginekologi yang berbeza tahap.75% daripada penyakit ginekologi adalah disebabkan oleh penjagaan yang tidak betul ketika haid dan penggunaan tuala wanita yang tidak berkualiti.Para penyelidik masih cuba memahami mekanisma bagaimana faktor-faktor berikut berperanan menyebabkan kanser servik

Separuh dari kanser ini terjadi pada mereka yang berusia 35-55 tahun.Dengan ujian saringan pap smear, kadar kematian kanser serviks berkurangan dengan banyaknya. Walaubagaimanapun ia masih merupakan pembunuh ke 2 terbanyak selepas kanser payudara.
Tanda dan gejala
Anda mungkin tidak mengalami sebarang tanda terutama pada peringkat awal. Apabila menjadi semakin serius, anda mungkin akan mengalami :
  • Pendarahan yang luarbiasa dari vagina
  • Pendarahan Yang berpanjangan
  • Pendarahan selepas menopos
  • Pendarahan selepas hubungan seksual
  • Keluar lendir berdarah dan berbau busuk dari faraj
  • Keluar darah beku
  • Sakit semasa hubungan seksual
 Siapa Wanita yang berisiko untuk mendapat kanser serviks?
  • Mempunyai pasangan berbilang
  • Aktiviti Seks bermula sebelum usia 18
  • Mengalami jangkitan kuman seperti syphilis, gonorhoea, chalmydia atau HIV
  • Kurang daya tahan imun
  • Merokok
Bagaimana untuk mencegahnya?
  • Anda boleh mengurangkan risiko untuk mendapat kanser pangkal rahim dengan mencegah jangkitan kuman HPV. HPV merebak melalui hubungan seks, jadi pengunaan kondom boleh mengurangkan risiko HPV.

Pencegahan
  •  Berhubungan seks dengan 1 pasangan sahaja
  • Elakkan hubungan seks pada usia muda
  • Tidak merokok
  • Mendapat imunisasi terhadap jangkitan HPV
  • Suntikan Vaksin
Vaksin terhadap HPV
  • Sekarang sudah terdapat vaksin yang boleh mencegah kebanyakkan dari strain HPV yang menjadi punca kepada kanser serviks. Gadis seawal usia 13 tahun adalah digalakan untuk mengambil vaksin ini. Ia boleh mencegah sehingga 70% dari jangkitan HPV dan walaupun ia lebih efektif sekiranya diberikan sebelum gadis menjadi aktif secara seksual, ia juga disarankan kepada semua wanita sehingga usia 46 tahun.