GOUT

Penyakit Gout

Lelaki lebih berisiko tinggi berbanding wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita mengalami menopaus.
Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.

Individu yang menghidap kencing manis, obesiti dan sakit buah pinggang juga berisiko mendapat gout.





Tanda-tanda
Secara semula jadi asid urik akan larut dalam darah dan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Adakalanya badan menghasilkan terlalu banyak sehingga ia berkumpul menjadi kristal berbentuk jarum pada sendi atau tisu sekelilingnya menyebabkan sendi bengkak dan sakit.
 

Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk serta  mungkin menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan demam. 

Selain  kaki, gout juga boleh berlaku pada anggota badan yang lain seperti buku lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan. Kesakitan boleh berlanjutan antara lima hingga 10 hari mengikut keadaan pesakit. Sendi yang diserang gout akan bengkak, merah dan panas.

Sakit melampau ( excruciating pain ) yang mengejut biasanya bermula hanya pada satu sendi, terutamanya ibu jari kaki

FAKTOR RISIKO
·  Jantina -  lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90%
·  Gaya hidup - Individu yang banyak minum minuman keras terutama bir dikatakan lebih berisiko mendapat gout.
·  Obesiti - Terutama bagi individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.
·  Penyakit - Penyakit seperti tekanan darah tinggi,diabetes,kolesterol yang tinggi dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan gout.
 ·  Genetik - Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout.
·  Umur - berumur 30 hingga 50 tahun.Wanita selepas umur putus haid.



Asid urik biasanya disingkirkan daripada badan melalui air kencing dan najis. Kegagalan badan mengeluarkan asid urik berlebihan akan menyebabkan ia mendak dan berkumpul sama ada di sendi, buah pinggang atau kulit.
Malah, individu yang mengalami masalah kencing manis, obesiti, anemia, pesakit buah pinggang atau pengambilan ubat yang mengganggu pengkumuhan asid urik turut berisiko mendapat gout.
Apabila sendi berasa panas, bengkak dan sakit kerana jika tidak dirawat masalah ini akan bertambah buruk serta boleh menyebabkan kerosakan sendi.
 
Gout biasa dikaitkan dengan tabiat pemakanan tidak sihat dan seimbang. Walaupun begitu, dalam sesetengah kes ia boleh diwarisi, terutama individu yang tiada enzim untuk membuang asid urik.

Gout juga boleh disebabkan masalah obesiti, gemuk, tekanan, kerosakan buah pinggang. Bagi individu yang mempunyai masalah gout, mereka disarankan untuk berpantang sedikit dan menghindarkan makanan kaya purin seperti bijirin, makanan laut, makanan berprotein tinggi, ikan bilis, minuman keras, kicap, teh dan kopi. Sebaliknya, minum lebih banyak air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dan kerap bersenam.
Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.
Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.
Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, type IV hyperlipidaemia, diabetes mellitus, ischaemic heart disease dan hypertension. mewarisi  genetik dari keluarga mereka.