OBESITI merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada menghadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.
Obesiti ataupun masalah kegemukan merupakan satu ancaman yang semakin serius kepada rakyat di negara ini. Saban tahun, kajian telah dijalankan bagi mengetahui peratusan dan tahap obesiti bagi penduduk di negara ini. Hasilnya adalah amat menakutkan kerana pertambahannya yang begitu drastik dari tahun ke tahun menunjukkan tahap kesedaran masyarakat kita masih amat berkurangan terutamanya berkaitan dengan soal pengambilan makanan seharian.
"Soal Selidik Pemakanan Kebangsaan 2002/2003 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan ke atas orang dewasa mendapati, masalah berlebihan berat badan meningkat kepada 27% (4.2 juta) berbanding hanya 16.6 % (1.7 juta) pada 1996."
Bagi tahun 2006 pula, peratusannya telah meningkat menjadi semakin tinggi sehingga mencapai 43.1% dan telah direkodkan sebagai antara negara yang mengalami tahap obesiti tertinggi di Asia. Peningkatan sebanyak 16% dalam tempoh 3 tahun telah cukup untuk membuktikan bahawa kita semua harus berubah dan perlu mengambil serius tentang isu obesiti ini.
Data dan statistik di atas jelas menunjukan bahawa negara kita bakal menghadapi satu krisis kesihatan yang teruk sekiranya tahap kesedaran berkaitan makanan ini tidak dipupuk kepada masyarakat kita. Fenomena 5G iaitu Gebu, Gemuk, Gempal, Gendut dan Gelebar akan berleluasa disegenap peringkat umur masyarakat kita. Malah yang lebih membimbangkan adalah 1001 penyakit kronik yang dikaitkan dengan obesiti bakal dihadapi sekiranya aspek ini tidak diambil serius.
Apakah penyebab berlebihan berat badan dan obesiti?
Berlebihan berat badan atau obesiti adalah akibat ketidakseimbangan tenaga dimana pengambilan melebihi penggunaan pada jangka masa yang panjang.Pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak dan kalori serta penurunan tahap aktiviti fizikal juga merupakan faktor penyumbang utama masalah kegemukan dan obesiti.
Masalah lain juga boleh menyebabkan kegemukan. Ini termasuk :
Masalah lain juga boleh menyebabkan kegemukan. Ini termasuk :
· Pengambilan sesetengah jenis ubat
· Pengurangan mendadak tahap aktiviti fizikal (ahli sukan yang bersara)
· Ketidakseimbangan hormon
Apakah masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengan kegemukan?
· Penyakit jantung dan tekanan darah tinggi
Risiko penyakit jantung yang berkaitan dengan obesiti adalah lebih akut di kalangan orang dewasa muda. Risiko juga tinggi dikalangan mereka yang berlebihan lemak pada bahagian abdomen.
Risiko penyakit jantung yang berkaitan dengan obesiti adalah lebih akut di kalangan orang dewasa muda. Risiko juga tinggi dikalangan mereka yang berlebihan lemak pada bahagian abdomen.
· Tekanan darah tinggi dan angin ahmar
Orang dewasa muda (berumur 20-44 tahun) yang berlebihan berat badan mempunyai risiko mendapat tekanan darah tinggi sebanyak 5.6 kali lebih tinggi berbanding mereka yang mempunyai berat badan normal.
Orang dewasa muda (berumur 20-44 tahun) yang berlebihan berat badan mempunyai risiko mendapat tekanan darah tinggi sebanyak 5.6 kali lebih tinggi berbanding mereka yang mempunyai berat badan normal.
· Kencing Manis. Terutama di kalangan dewasa yang mempunyai berlebihan lemak di bahagian abdomen.
· Kanser. Beberapa kajian menunjukkan kaitan yang positif antara berlebihan berat badan dan kanser terutama yang diakibatkan oleh hormon seperti kanser payu dara, kanser serviks, kanser uterus dan kanser ovari dan prostat.
· Masalah endokrin. Kitaran haid yang tidak tetap, masalah berkaitan haid yang lain, dan masalah komplikasi kehamilan, terutamanya toksemia dan tekanan darah tinggi.
· Penyakit pundi hempedu. Obesiti adalah faktor risiko bagi penyakit pundi hempedu bagi lelaki dan perempuan pada semua peringkat umur. Risiko tersebut semakin meningkat apabila terdapat lebihan lemak di bahagian abdomen.
· Penyakit paru-paru. Individu yang obes mengalami masalah pernafasan. Ini mungkin diakibatkan oleh pengecilan rongga toraks akibat pengumpulan lemak di bahagian rusuk, abdomen dan diafragma.
· Arthritis. Individu yang obes adalah berisiko tinggi untuk menghidap gout artritis iaitu keadaan yang sangat menyakitkan. Berlebihan berat badan akan memberi tekanan pada sendi-sendi, bahagian belakang dan lutut. Akhir sekali ia akan menyebabkan osteoartritis.
Bagaimana untuk menurunkan berat badan?
· Makanlah mengikut saranan daripada Piramid Makanan Malaysia. Banyakkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh. Jangan hindar terus sumber gula dan lemak kerana ini boleh meningkatkan keinginan anda untuk makan. Selain itu, tubuh badan anda juga memerlukan nutrien yang terdapat dalam lemak dan karbohidrat.
· Paling penting lakukan senaman dengan konsisten. Mulakan dengan berjalan beberapa minit dan perlahan-lahan tingkatkan jangka masa senaman sehingga 45-60 minit sehari setiap hari.